Assalamualaikum...
Dah lama tak jenguk sini..bukan apa, saya kedemaman yang amat sangat..
Alkisahnya, pada suatu malam di sabtu yang lepas iaitu pada 13.08.2011 kira-kira jam 10.00 malam, badan terasa sejuk yang amat sangat...
maka, suami tercinta pun memberi isterinya 2 biji panadol KK..lepas makan terus berkelubung & tidur..
Ahad 14.08.2011
--> tak bangun sahur sebab tak larat sangat...sudahnya suami pun tak mahu bangun sahur..feeling2 temankan isteri yang kurang sihat..
--> menginjak ke pukul 10.00 pagi, badan masih seperti semalamnya..rasa lemah sangat..gi mandi, makan nasi {xpuasa huhuhu} & makan ubat..bed rest sebentar...
--> around zuhur, rasa dah getting better...kami decide nak balik Putrajaya sebab nak rest & tak mahu balik malam..kalau badan rasa ok, bolehlah attend iftar bersama kawan2 sebatch di Precinct 11..
--> alhamdulillah, rasa ok..balik rumah, masak kuih cara & beli ayam golek untuk di'pot-luck'kan..habis makan2 & kemas2, we go home...
--> sampai rumah, tukar pakaian, solat isya' & terus tidur..
--> tapi around 2.00pagi, encik suami terjaga sebab dia terasa badanku panas sangat..lantas beliau pun bangun & mengambil tuala bersama air untul lap2 badan isteri agar reda sedikit kepanasannya..{SAYA SAYANG SUAMI SAYA}..sampai ke waktu sahur, keadaan masih begitu...
15.08.2011
--> pagi2 lagi kami dah ke klinik di Precinct Diplomatik/15..selepas check, doctor bagi MC 2 hari & ubat-ubatan yang perlu diselesaikan dalam masa 5 hari {ayooooo}
--> sebelum balik, tapau Pizza Hut@PHD Precint 15..balik, makan pizza sepotong, sup sesudu, ubat & tidur lagi...malam baru pulang ke kampung halamanku..
16.08.2011
--> kesihatanku semakin teruk..suami pula kerja & malamnya ada iftar di IPD Dang Wangi...so, sah2 balik lambat..lantas bondaku {dengan bantuan adik-berdikkku} memaksa diri ini yang sangat pemalu dengan ubat-ubatan ini ke hospital di KKB..
--> hurmmmmm, as per expected...masuk air 2 botol & alhamdulillah, urine test OK..
--> mama sibuk2 suruh check UPT, kot2la diriku ini berbadan dua..sudahku bilang, negative..sebab awal puasa dah cuti..betul tekaanku..i know my body..
--> dapat lagi 2 hari MC..
17.08.2011
--> bed rest & eye rest yang hebat hehehe
18.08.2011
--> pagi 2 dah ke hospital KKB, nak gi check darah pulak..kot2la denggi ke hape ke..
--> bapak punya sakit masa kat lab tu..ayooo...makcik, can you do it gently..
--> jumpa doctor..alhamdulillah, semua OK..bacaan darah 250...kalau tak ok, below 150..
--> doctor prescribe ubat tapi enggan bagi MC..ok..saya boleh ambil cuti tahun la doctor...
18.08.2011
--> bercuti tahun sambil makan ubat & terus berdoa moga semboh cepat
19.08.2011
--> mama & ayaha ajak balik pahang, jenguk nek..kot2la diri ini merindui nenda kesayangan itu...
--> ke bazaar ramadhan raub..penuh kiri kanan tangan menjinjit beg plastik..jangan cakapla beli apa..time ni rasa macam terus sihat, tengok makanan pahang..beli apa?hahahaha..
1) sambal petai & terung pipit masak tempoyak
2) sambal hitam - sambal kebesaran di pahang {pada saya la hehehe}
3) sambal kentang rangup
4) ikan talapia bakar 2 ekor - perasa tempoyak & pedas
5) asam rong - xtau macamana tapi ayah suka sangat
6) gulai tempoyak ikan patin
7) sambal jering masak tempoyak
8) burger malaysia 3pcs = RM1.20 - minta sambal lebih
9) kuih tepung pelita 6pcs = RM2.00
10) kuih seri muka 3pcs = RM1.00
11) kuih akok 3 pcs = RM1.50
12) kuih murtabak mini 10pcs = RM5.00
13) air laici kang = RM3.00
14) air sirap selasih
15) air asam boi
16) daging masak kicap/itam
>>> suami kata secara relatifnya, harga masih competitive bagi kuih muih..ayah kata harga lauk pauk maha mahal..kalah harga kat batang kali..
p/s : kalau berdiet boleh hancur program diet korang hehehehe..tapi i ok je..semua i makan..lega sangat dapat makan nasi sebab since monday memang tak makan nasi pun..bukan taknak atau ngada2 tapi makan sesudu je, keluarnya macam makan buffet kat hotel..xberbaloi2...
--> itulah kisahnya 5hari tak bekerja disebabkan demam yang teruk..sudahnya, doktor kata PUAN MENGALAMI DEYDRATION YANG TERUK..JADI, JANGAN PUASA DULU YEA..TAPI DAKU TETAP BERUSAHA UNTUK PUASA SETELAH CUTI BANYAAAAAAAAAAAAAAK HARI
dugaan posa tahun ni le tu..
ReplyDelete