Friday 8 May 2015

depo provera

Assalamualaikum

lama naunaunau tak update blog
tak berkesempatan je
*nampak sangat tak pandai adjust masa kan..alasan*

just nak share sebagai kenangan
15 April 2015
untuk pertama kalinya dalam hidup aku buat family planning
selepas beberapa bulan berkira-kira dan berfikir-fikir
lastly aku setuju nak ambil depo provera shot
ku fikirkan mudah
inject sekali tahan 12 minggu pastu amik lagi
begitulah seterunya sehingga aku dan suami bercadang untuk conceive, only then stop the shot
tapi tu bayangan awal aku

selepas ambil first shot
dua hari aku rasa sakit kat tempat inject tu
nak kata aku keraskan badan, aku dah abis relaks dah
pastu masuk hari ketiga badan mula rasa kurang selesa
genap seminggu aku demam teruk + sakit kepala yang amat sangat
demam yang sampai cuti hari jumaat
pastu minggu depannya cuti hari rabu dan khamis
tahap tak larat tu kan
abis ubat sepapan
abis panadol aktifast sepapan
sampai anak2 terpaksa minta tolong aprent kat kg jagakan weekend tu
memang tak boleh fokus pada kerja
2kali pergi refer MO
MO kata badan aku tak sesuai dengan apa jua jenis family planning yang melibatkan hormon
full stop
dah tu???
pepandai la korang imagine hahaha

sampai hari ni dah 8 Mei 2015, aku masih mengalami sakit-sakit kepala berdenyut tu
tak tahan weii
tula, ingatkan mudah tapi mencabar jua

so, MO nasihatkan next appointment aku pergi je klinik tp nnt bagitau pada nurse
stop the intake
try other methods

family planning ni ikut atas rezeki masing-masing juga kan
macam kita mengandung dan bersalin
mana nak boleh disamakan
ada lebih dan kurangnya

sepanjang rasa tak sihat ni, aku sampai fikir tak amik dah shot ni
kalau lepas ni 'lekat' pun takpe
at least badan tak sihat tapi ada 'isi'
haaaa sampai cenggitu sekali fikiran aku
walhal sebelum ni dah fikir, cukuplah thaqyf dan safwan je
nak spend time and attention to both of them

tp macam aku cakapla
bila sakit je
kita ni mudah menyerah kalah
pasrah
hati tak kuat
huhuhuhu
ni untuk kes aku la kan..

antara kesan lain adalah, aku period cepat dan lama
walhal 15 April 2015 tu hari ke3 aku period tp seminggu je
selang seminggu tu dah ada mcm stain tp aku solat cm biasa
sampaila keluar darah tanda period
baru aku anggap itu period
tu pun warna darah tak merah dan tak heavy
til now masih period lagi
macam-macam kan
adoyaiiiii

sebelumni tak pernah ambil tahu pasal family planning
bila ada kawan2 cerita kesannya sakit kepala la, period tak teratur la apa la
aku buat derk je
ambil enteng
rasa mcm mudah
sekali bila sendiri alami
baru merasa
haruuuuuuu

so, selepas ni kena fikirkan semula bagaimana
bersediakan untuk yang ketiga (akhir) sebab cuti bersalin tinggal 4bulan je
atau fikir2kanlah kaedah lain
Allah, permudahkanlah..


No comments:

Post a Comment