Tuesday, 12 May 2015

wanita terbahagia

Wanita Terbahagia

Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta



https://www.youtube.com/watch?v=ritnPj19jFU

Monday, 11 May 2015

#1 labor story of Muhammad Thaqyf Hafidz

Assalamualaikum

sebagai kenang-kenangan
nak coretkan pengalaman bersalinkan anak2
pengalaman mengandung dan bersalin dua kali punya keistimewaan tersendiri

pengalaman pertama
excited buat persediaan untuk sambut kelahiran anak
maklumlah anak pertama
tanda cinta sehati sejiwa
*winkwink*

after 11months being husband and wife
positif UPT a day after our 1st anniversary
EDD 8 August 2012

Awal Julai 2012, family dah tolong kemas2 rumah P5 sebab nanti nak spend confinement days di Batang Kali
maa siap tolong cuci pakaian baby
masa tu dah tau expecting a baby boy
maa ayah pesan suh beli pakaian size NB warna putih
sebab kami banyak beli size besar dan warna biru/coklat/hijau
maa ayah kata baby berseri kalau pakai warna putih

so awal julai 2012, kami ke SOGO beli pakaian baby
alhamdulillah dapatla beli seperti yang dibayangkan

7 julai 2012
dah mula rasa sakit2 di pangkal peha
bila bgtau maa, maa cakap mayb tgn baby terselit
mengekek aku gelak
adoiiii maa, baby kan dalam sarung air ketuban
maa pun gelak
cemas
cucu kedua kan hahaha
 sakit2 tu dtg berselang hari
bila menangkap je, cepat2 aku duduk sambil dua2 tgn tahan kat pengkal peha
*konon2 to reduce pain..cehhhh*

25 Julai 2012 (Rabu)
aku tak g kerja sebab rasa sakit2 dan asyik buang air besar je..
masa tu baru start Ramadhan
aku sempat juga puasa
aku ajak kwn2 dtg berbuka di rumah hari jumaat tu..
konon2 lagi seminggu dua sebelum bersalin
sb masa minggu ni aku dah 38w
so bajet lagi 2w insyaAllah EDD
aku call TP bgtau terpaksa ambil cuti
petang tu rasa segar terus drive ke pasar p8
siap marinate ayam segala
sebab fikir khamis dah kerja
just prepare brg2 nk serve je
bhn mentah dah siap beli

since anor (kwn sama batch y  duk sama aras) xdpt join iftar hari jumaat tu, dia ajak iftar hari rabu tu
aku masak nasi dan sup ayam
anor masak ayam lemak cili api +ikan bakar+air asam
aku bancuh air
masa masak tu, siap letak kerusi kat dapur
asal menangkap je, terus duduk..
masa tu dah rasa menyengat dah tp masih boleh tahan
 lepas berbuka tu aku asyik buang air besar je
lebih kerap daripada selalu
sb dah almost 2 minggu asyik buang air besar mcm kena food poisoning
padahal minum air masak je
T_T
lembik dah rasa badan


26 Julai 2012 (Khamis)
aku dah xblh bgn
hafidz pun tak g kerja
ntah berapa kali aku ulang alik g toilet
sampai berpapah
sampai takut nak makan/minum
maa pesan makan juga wpun sikit
malam tu keadaan makin teruk
dengan sakit di pangkal peha yang makin kerap dengan asyik nak buang air besar
so, around 11pm kami ke HPj
bila check dilation, baru 2cm and soft
MO yang check kata maybe dalam 2-3 hari lagi aku bersalin
atau paling cepat sabtu ni


27 Julai 2012
jam 130am 
aku disuruh balik
tapi balik nnt pakai pad
kalau ada stain or show, datang hospital semula
dahla dr hari rabu tu aku tidur atas sofa
bila tidur baring je sakit yang amat plus susah nak bangun
masa tu ngokngek tak tau tu contraction/surge
hahahha
*innocent mom-to-be*
pffftttttttt

jam 10am
aku dah siap2 mandi nak ke hospital
sebab dah keluar bloody show warna coklat
sempat lagi check dalam buku panduan bersalin cmne rasa contraction
*ngokngek lagi hahaha*

jam 11am 
sampai je hospital aku gi check lagi
2cm. still
CTG semua ok

jam 1230noon
so, after few discussions, pihak HPj bagi pilihan s/ada nak ke HKL atau Hosp Kajang
we decided to go to HKL
tapi masa tengah discuss dan HPj call HKL untuk book bed, 
driver ambulance dah g solat Jumaat
so, aku kena tunggu

jam 1pm
husband aku nak g solat jumaat
masa tengah nk ambil barang aku dah pejam2 mata tahan sakit
tangan dah kejung rasa
so, nurse panggil aku masuk untuk rehat sementara tgu nak ke HKL slps Jumaat
bila check dah 3cm
5mins later air ketuban pecah
MO cakap cancel HKL
barang2 + HP aku semua pada husband
aku lenggang kangkung masuk bw perut
buku pink pun pada husband
mujur husband tak gerak g masjid lagi

jam 2pm
aku masuk labor room
siap2 tukar baju pink
masa tu husband pun ada
aku senyum sambil cakap, we are going to be a parent after this
he smiled to me
gratefully
husband la yang urus semua dan call my family

quite lama aku dalam labor room sebab MO cakap 1cm = 1jam
hadapla kan
tengok jam pun rasa lambatttttttttnyaaaaaaaaaaaaa masa berlalu
sakit?
takleh describe

jam 630pm
MO datang check dilation
dah 6cm
MO cakap insyaAllah selepas buka nnt bersalinla aku

jam 7pm
aku minta husband g berbuka
he refused
tapi aku minta dia temankan maa
dua2 tak lalu nak makan
touching sangat
aku pun pesan kat nurses g la berbuka
aku ok
apa2 nnt aku press button
masa ni perasaan lain sgt
rasa mcm hanya ada aku & Allah je
bersungguh2 aku nangis
bersungguh2 aku berdoa
moga diampunkan segal dosa2 aku
moga diberikan kekuatan untuk aku hadapi kesakitan bersalin ni
sebab masa tu kebergantungan aku hanya pada Allah
insaf sangat
andai ini ramadhan terakhir aku
mcmana anak ni mbesar tanpa ibu
sempat ke nak minta ampun maaf dengan suami, maa & ayah
mcm2 aku fikir

jam 8pm
husband aku masuk selepas mjamah kurma dan solat maghrib
bila MO dtg check dah 8cm
aku dah makinnnnnnnnnnnnnnnn sakitttttttttttttttttttt
husband tak henti2 mengaji dan baca yasin
aku pun xputus2 bzikir dalam hati sebab suara dah tak mampu nak keluar
time ni la suami ckp, zaman Nabi dulu ada perang badar
umat Islam menang wpun ketika Ramadhan
jadi, syg pun blh juga
ini perjuangan kita bersama demi baby
kata2 suami tu mcm terlekat dalam kepala
aku diam je
xnak nangis dpn org

jam 915pm
MOs and nurses dah siapkan segala kelengkapan untuk sambut kelahiran
time ni aku dah mcm apa dah
tak tentu arah
sungguh aku bersyukur sebab aku tak mjerit or keluar suara
Allah..
aku tahan selagi mampu
sebut Allah tak putus2 sekadar untuk telinga aku dengar

 jam 930pm
aku dah mula nk push push
amik position
amalkan pernafasan yang betul
selepas dua kali percubaan, tepat jam 942pm, baby selamat dilahirkan
tapi aku tak dapat dakap baby
MO terus bawa baby dan suami aku kena ikut
why???
aku tak dengar baby nangis
kenapa dengan baby aku
sambil sedut gas tu aku dijahit
lalok tp tak leh tidur
aku berborak dengan 2orang nurse yang in-charge untuk jahit tu

jam 11pm
MO bawa baby dekat aku
tunjuk bebird baby sambil tanya ni boy or girl
aku pegang dan cium2 baby
makan 2keping biskut + secawan milo
husband tahnikkan baby
pastu minta izin nurse nak bawa baby keluar sebab family aku nak tengok
baby je, mommy stays
dapat jumpa sekejap je
pastu settle untuk masuk ward

28 Julai 2012 (Sabtu)
jam 130pagi
aku masuk ward
suami hnatar barang
maka bermulalah hidup aku sebagai seorang ibu
*sakit weiiii kena jahit tu*
agagagaggaga

alhamdulillah
i have good labor experience at HPj
tak serik pun
rezeki Ramadhan barangkali

the end of my labor story #1








Friday, 8 May 2015

depo provera

Assalamualaikum

lama naunaunau tak update blog
tak berkesempatan je
*nampak sangat tak pandai adjust masa kan..alasan*

just nak share sebagai kenangan
15 April 2015
untuk pertama kalinya dalam hidup aku buat family planning
selepas beberapa bulan berkira-kira dan berfikir-fikir
lastly aku setuju nak ambil depo provera shot
ku fikirkan mudah
inject sekali tahan 12 minggu pastu amik lagi
begitulah seterunya sehingga aku dan suami bercadang untuk conceive, only then stop the shot
tapi tu bayangan awal aku

selepas ambil first shot
dua hari aku rasa sakit kat tempat inject tu
nak kata aku keraskan badan, aku dah abis relaks dah
pastu masuk hari ketiga badan mula rasa kurang selesa
genap seminggu aku demam teruk + sakit kepala yang amat sangat
demam yang sampai cuti hari jumaat
pastu minggu depannya cuti hari rabu dan khamis
tahap tak larat tu kan
abis ubat sepapan
abis panadol aktifast sepapan
sampai anak2 terpaksa minta tolong aprent kat kg jagakan weekend tu
memang tak boleh fokus pada kerja
2kali pergi refer MO
MO kata badan aku tak sesuai dengan apa jua jenis family planning yang melibatkan hormon
full stop
dah tu???
pepandai la korang imagine hahaha

sampai hari ni dah 8 Mei 2015, aku masih mengalami sakit-sakit kepala berdenyut tu
tak tahan weii
tula, ingatkan mudah tapi mencabar jua

so, MO nasihatkan next appointment aku pergi je klinik tp nnt bagitau pada nurse
stop the intake
try other methods

family planning ni ikut atas rezeki masing-masing juga kan
macam kita mengandung dan bersalin
mana nak boleh disamakan
ada lebih dan kurangnya

sepanjang rasa tak sihat ni, aku sampai fikir tak amik dah shot ni
kalau lepas ni 'lekat' pun takpe
at least badan tak sihat tapi ada 'isi'
haaaa sampai cenggitu sekali fikiran aku
walhal sebelum ni dah fikir, cukuplah thaqyf dan safwan je
nak spend time and attention to both of them

tp macam aku cakapla
bila sakit je
kita ni mudah menyerah kalah
pasrah
hati tak kuat
huhuhuhu
ni untuk kes aku la kan..

antara kesan lain adalah, aku period cepat dan lama
walhal 15 April 2015 tu hari ke3 aku period tp seminggu je
selang seminggu tu dah ada mcm stain tp aku solat cm biasa
sampaila keluar darah tanda period
baru aku anggap itu period
tu pun warna darah tak merah dan tak heavy
til now masih period lagi
macam-macam kan
adoyaiiiii

sebelumni tak pernah ambil tahu pasal family planning
bila ada kawan2 cerita kesannya sakit kepala la, period tak teratur la apa la
aku buat derk je
ambil enteng
rasa mcm mudah
sekali bila sendiri alami
baru merasa
haruuuuuuu

so, selepas ni kena fikirkan semula bagaimana
bersediakan untuk yang ketiga (akhir) sebab cuti bersalin tinggal 4bulan je
atau fikir2kanlah kaedah lain
Allah, permudahkanlah..