Tuesday, 30 December 2014

hikmah di sebalik musibah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

a day before we bid farewell to 2014
2 days before we welcome 2015
how time flies so fast

merenung dan mengenang 2014, aku simpulkan ia sebagai satu tahun yang sarat dugaan
seawal tahun 2014 dikejutkan dengan khabar kehilangan MH370
pesawat MAS dr KL ke Beijing
hilang sehingga kini tanpa sebarang jejak
tanpa sebarang kesan
tanpa sebarang isyarat
tiap jiwa yang menanti tak pernah jemu berdoa dan berharap
pulanglah MH370 ke pangkuan jiwa2 yang menanti
pulanglah walaupun bukan dengan jasad
pulanglah dengan jawapan
redakanlah jiwa2 kami yang menanti
SOFUAN sahabat kami

selang beberapa bulan, jiwa yang sarat penantian dikejutkan dengan musibah MH17
pesawat MAS ditembak jatuh ketika berada di ruang udara Timur Ukraine
semua yang berada dalam pesawat pulang ke pangkuan Illahi
dijemput ajal dengan cara sebegini
itulah yang tersurat dalam takdir
dalam kegembiraan mengimarahkan Ramadhan
sekali lagi jiwa2 kami diuji
Allahurobbi
kuatkanlah hati kami
teguhkanlah jiwa kami
ALI sahabat kami

di kala 2014 hampir melabuhkan tirainya
beberapa negeri dilanda banjir besar
bah yang amat dasyat
ramai yang hilang harta benda dan orang tersayang
terduduk
terkesan
semua yang diusahakan lenyap ditelan bah
musibah yang bukan calang-calang jiwa mampu melaluinya
tanpa makanan
tanpa air bersih
tanpa tempat tinggal
sehelai sepinggang
bagaimana hendak memulakan hidup semula
Allah..Allah..Allah..

dikejutkan dengan berita kehilangan nyawa akibat bom meletup di Gurun
terus meruntun nyawa
kenapa kenapa kenapa
kenapa di bawa pulang
banyak kenapanya
namun, jiwa yang perlu menjawab telah menyahut seruan Illahi
dituruti anak dan isteri
serta bayi yang masih belum sempat mengenal duniawi
maut bersama seorang anak jiran
kerosakan harta benda jiran tetangga
siapa yang nak tanggung

kini QZ8501 pesawat milik AirAsia Indonesia menurut jejak MH370
hilang drpd radar
masih belum ditemua
masih diharap kepulangannya dengan penuh kesempurnaan
pergi bersama membawa jiwa2 yang lain

dan menjelang sehari sebelum 2014 pergi
seluruh umat Islam
seluruh rakyat Malaysia
teruskan berdoa semoga dikuatkan jiwa2 kita untuk menghadapai sebarang kemungkinan
untuk menghadapai cabaran 2015
untuk meneruskan kelangsungan hidup

padaMu ya Allah
kami memohon
kurniakanlah dalam jiwa2 kami kekuatan
ditingkatkan iman dan tauhid kami padaMu 
dipasakkan aqidah kami pada kebesaranMu
Allah, dengarlah rintihan dan doa2 kami
maqbulkanlah permintaan2 kami
kami merayu padaMu
terimalah amalan2 kami
terimalah taubat2 kami

semoga musibah dan bencana yang diturunkan ini meningkatkan ketaqwaan jiwa2 kita pada Illahi
itulah hikmah di sebalik segalanya


HAMBA ALLAH

Monday, 29 December 2014

hadiah kahwin..nak bagi apa yea?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

musim cuti-cuti sekolah ni selalu terbayang musim-musim orang kahwin
sana sini penuh jemputan walimah

so, yang dijemput ni mesti pening-pening nak bawa hadiah apa kan
selain daripada bagi duit pada makpak tuan rumah
mesti nak kena ada hadiah untuk pengantin berdua

kalau ikut personal experience aku ni, 
dah empat (4) tahun kahwin ni masih ada lagi hadiah dan bingkisan perkahwinan yang elok molek dan dipakai/digunakan
memang berjasa

Alhamdulillah rezeki kami
almost top to toe barang rumah kami dapat
terima kasih banyak-banyak pada yang memberi
jasa kalian sangat besar maknanya

stove
pinggan mangkuk
periuk belanga
periuk kukus (pengukus)
cadar
tuala
tudung
kain ela
frame gambar
sticky album
fram hiasan
electrical appliances
set sudu garfu
set pisau
set sudip senduk
kuali
etc

alhamdlulillah, sampai ke hari ni masih elok lagi
allocation besar hanya beli tv, fridge dan washing machine shj

so, bila kita dah melalui saat2 bergelar mempelai ni
kita dah boleh imagine apa yang praktikal untuk dihadiahkan kepada mempelai
dah boleh relate apa yang sewajarnya
maybe orang dulu2, kahwin tu sehelai sepinggang kan
tp orang sekarang mostly dah ada la basic things

suami aku suka hadiahkan set cadar sebab dia kata hat ni tak outdated
rather than pinggan mangkuk atau brg2 elektrik
(no offence yea kalau sp yang prefer this one)

aku plak ikut personaliti mempelai yang aku kenal
kadang aku tanya dia nak apa
lagi mudah
surely dia akan guna/pakai

sebagai panduan, aku fikir tak salah kalau kita tanya sang mempelai apa yang dia nak sebagai hadiah perkahwinan
kalau tak prefer nak tanya just belikan 
peralatan dapur/memasak
kuali
periuk
set sudu garfu
set pisau
apron
pillow
kain ela
pakaian
kain batik/pelikat
telekung
sejadah
ticket hotel 2D1N
ticket pergi mana2 tempat y sesuai untuk newlyweds
tak pun belikan penyidai tuala/sejadah
toto
patchwork cadar
etc

seriously, belikan yang berguna
kalau rasa mahal or tak afford, better bagi je cash pada mempelai sendiri
mana tau cash yang diorg dapat tu topup2 bolehla diorng beli sendiri
tak pun boleh tambah2 depa g honeymoon

kalau ada bajet lebih, maybe boleh bagi lebih
yang penting berguna, praktikal dan relevan
abis-abis share duit dengan kawan2 rapat atau kawan2 pejabat
kalau sorang bagi RM30, 5 orang dah RM150..ok la kan
lagi ramai lagi banyak

tapi ikutla pada preferences masing-masing










ladies



5 orang cucu


lima (5) orang cucu kesayangan
insyaAllah, akan bertambah2 lagi di masa hadapan

abishati atoknenek melayan cucu-cucu
beginilah setiap kali kami adik-beradik berkumpul
riuh rendah
huru hara

sorang menangis
sorang ok
sorang main
sorang mengusik
sorang tdo
sorang kacau

tapi itulah kebahagiaan
aku pun happy

nyna dah pandai bergaya
nak pakai shawal je
mcm mommy katanya

thaqyf dan safwan mcm terlebih
maklumlah sekali sekala je jumpa

saad dan hannah pun aku xrajin jumpa
kalau jumpa pun sekejap2 je
sb skrg ni meak mertua ngah tengah xsihat
baru discharged

cuma hannah tu xnak dengan orang
dengan umi dan abi je dia diam
kalau depa dua xde/mkn/solat
satu rumah suara hannah berkumandang
jerit tak hengat dunia
kadang tu aku dukung je
nangisla, mommy tak heran
kikiki




suami isteri



Suami isteri
Semoga kekal berseri2
Satu nan tiada galang ganti

Syurgawi impian kami

@mshafidzal_my
@mshafidzal_my
@mshafidzal_my



happy 59th birthday ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

{quick sharing}

semalam birthday ayah
yang ke 59 tahun
tahun ni lain sikit 
sebab 
instead of kami yang belikan hadiah untuk ayah
ayah yang belikan hadiah untuk kami
terima kasih ayah

BTW, ni gambar semalam
simple yet happening sampai rasa pening hehehe

13 + 1


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. .segala puji padaMu Ya Illahi di atas rahmat kasih sayang menghimpunkan kami sekeluarga di hari kelahiran ayahanda yang disayangi..cuma sorg je adik bongsu- Boy nun jauh di perantauan..


13+1..meriah dengan pelbagai kerenah..drpd atoknenek sampai ke cucu yang nak masuk 7bulan tu..this is the almost perfectly framed by antina @nordiana_aziz ..

Buat ayah, Hj Khairuddin bin Hj. Mohamed Yaakob Baginda, kami semua mendoakan semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi dengan segala kebaikan..terima kasih atas jasa dan pengorbanan ayah kepada kami semua..tak terkira banyaknya..infinity..kami titipkan doa padaNya selalu..untuk ayah..

Terima kasih ayah atas bingkisan jubah2 by @zawarabangi , kemeja2 durban dan baju2 comel Kiko untuk kita semua..unexpected. . {boy blh claim bl blk sini nnt ok}..

Happy birthday ayah..we love you to the moon and back and bounce back..wpun ayah xde ig tp ni utk kenangan..one for the album..

Tq antina sb bersabar dan bertabah snap2 td..
Tq acu @diankhairuddin atas tajaan kek yang sedap..
Tq ibu @maisarahqistyna atas kesanggupan membeli jubah2 kita semua..
Mommy mcm biasa pilih baju for kids and men..

This is the most sweet moment to bid farewell to 2014..do appreciate our love ones..birthday celebration is not a big deal in our family but we do remember each dates with small thought..14 birth dates in hands hehehe..

Monday, 24 November 2014

miss him badly..

miss him badly
let's count the days

#windu sewindu windunyerrrrr
baru take off dah rindu

cengeng

terbang tunduk


Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

tips memilih & membeli breastpump

Assalamualaikum

Allahuakbar
lama sangat tak update new entry
bukan tiada masa
bukan juga tiada idea
tapi banyak sangat kekangan
kala tangan menaip password, pasti ada je tuntutan lain

kali ni aku nak share sedikit mengenai tips memilih dan membeli breastpump
atau lebih tepat lagi tips melabur untuk memiliki breastpump

heyyy, jangan memain tau
harga breastpump ni ada makan ribu riban tau
boleh nganga para suami tengok price tag
hehehe
sebab tu aku lebih gemar menggunakan perkataan INVEST
pelaburan yang memberi pulangan

dulu (tahun 2012) aku tak berapa arif tentang breastpump ni
yang aku tengok paling banyak review adalah
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
MEDELA FREESTYLE
taknak dah tengok ke nego bab harga
i just want own my own FS

Alhamdulillah, berkat menyimpan (main kutu) dapatlah hasil RM1500.00
aku beli online RM1600.00 just tambah RM100

alhamdulillah, FS sangat2lah membantu memudahkan perjalanan penyusuan susu ibu kepada Muhammad Thaqyf
aku tak pernah kesal dengan tindakan aku

sampaikan selepas kelahiran Muhammad Safwan Hafidz pun, FS masih berjasa pada aku
mesti pelbagai suka duka telah dilalui
knowing me, aku ni jenis tak sayang harta benda
tak reti nak jaga elok2
biarlah beli mahal kan, xde rasa nk sayang2
aku melasak dengan FS
g mana2 sentiasa ku usung
memang tahan lasak cuma aku ni tak handle with care

so, masa aku buat event di PICC awal Nov 2014 baru ni, tengah2 aku pump susu
tiba2 all of the devices stop
off
tak function
cemas weiii
terpaksa aku mermet
in between aku call no medela service centre ampang
then, i decided to take annual leave on Friday and settle the problem
petang rabu tu, sampai rumah terus mencari  AVENT manual
 ni mmg aku standby
lega sikit wpun hanya dpt 9 oz je
masa kt PICC dapat 3 oz je

morale of the story : nursing mom should have back up
thanks to my AVENT manual

hari jumaat tu aku ke ampang
bila akak tu check rupanya charger rosak, motor and battery also got problem
kisah tak pernah dihantar service
pastu melasak tak hengat2 kan
blame me for that

kalau nak tukar baru repair segala, all in RM1000.00

since aku pun dah berniat nak beli lagi 1set as back up,
 so kasi angkat MEDELA  SWING MAXI
RM1500.00

untungnya beli di service centre sebab boleh repair, service and trade-in
FS aku tu beli online from US
yang medela range di service centre daripada NZ
selepas di +-x/, aku beli di centre sebab lebih mudah in case anything

 ni ehsan google
camni la rupanya SWING MAXI

 FS vs SWING MAXI

ni persamaan & kekurangan both of those breastpumps

aku dah cuba SWING MAXI dan aku berpuas hati
exactly like FS cuma takde LED screen and guna battery pakai buang
bunyi pun lebih slow if compared to FS
tubing je tak sama
yang lain boleh sharing is caring gitu..

aku?
puas hati dengan SWING MAXI
takat battery je la drawback
tp blh beli yang rechargeable AAA batteries
still worth and value for money

so, to mommies out there yang masih tercari2
just ask yourself
selain budget, fikirkan ttg keperluan
kalau jenis selalu outstation mmg recommended either FS or SWING MAXI

sebab?
1. tak bulky

2. ringan

3. mudah handle/pasang

4. blh plug-in or AAA batteries/rechargable battery (FS)

5. spareparts blh guna for both

6. tak rasa sakit

7. hands free. so, boleh mengepam sambil buat kerja lain ie cm skrgni menaip this entry. tau2 dah cukup masa


apa jenis, apa brand pun terpulang pada keperluan sendiri
yang penting 
kena ada disiplin
kena ada waktu mengepam yang rigid
kena kuat semangat
sebab, canggih atau hebat mcmana pun breastpump yang kita ada, tak de makna kalau kita culas mengepam
trust me..

i did experience the ups and downs
and still encounter the same challenges
esp bila time tak sihat tu
tak selera makan
terus xde tenaga
terus cde rasa nak mengepam
terus nampak deep freezer semakin mengosong
terus rasa cemas
terus rasa nak kena double up usaha
terus kena buat power pumping
so, mmg kena teruskan

bf ni nampak mudah tapi tak senang
nampak susah tapi tak sukar


regards,
momzy THAQYF & SAFWAN
(^_^)
owner of medela FS, medela SWING MAXI & 2 AVENT manuals







Wednesday, 17 September 2014

masak makan masak makan

Assalamualaikum

masak
makan
masak
makan

paling AKU adalah makan
makan is so ME
hehehe
dasar kuat makan
gitula
masak?
harap omakkkk
ekekeke

semalam sempena cuti umum Hari Malaysia
(Selamat Hari Malaysia semua)
aku jemput pengantin baru 3bulan - kak noor & basri lunch di rumah
sebab masa kenduri depa, aku dalam pantang
since dah nak masak, aku minta izin suami tercinta utk extend jemputan kepada teachers thaqyf dan safwan

so, nak kena prepare lunch foods for 6 plus kami sekeluarga

hari isnin tu dah decide nak masak apa
senang nk buat list beli barang
aku mmg kena buat list, kalau tak blur melangut la kat pasar tu hehehe

mula2 plan nak masak kueh teow sup je
(tu je yang aku reti kan...)
pastu call maa saja tanya khabar
then dengan bangganya bagtau kat maa pasal plan nak makan2 ni
terus kena zasss dengan maa
padan muka
(-_-)

''masaklah nasi takkan nk bg makan cmtu je''

eh, okla tu maa. heavy juga

''memangla..kalau masak nasi kan lagi suka orang makan. mcm awak kalau mkn nasi''
(perlian sinis di situ)

along xpandai la maa nk masak2 ni

''eh, awak pandai. maa tau awak boleh masak''
(pujian pula maa ni)

gitula aku dengan maa
maa ni pandai ambil hati
tau anak dia M
dia puji2 kasi up

pas dah bincang2 tanya pendapat maa nak masak apa selari dengan skill memasak aku yang tak seberapa hebat ni, dptla menu yang aku rasakan sesuai dgn skala aku

alhamdulillah, aku jenis manusia sedar diri'
hehehe

so, pagi semalam aku g pasar
sebelum tu siap2 cuci inner and shawl
(dasar M longgok2 ekekek)

dalam kol 10am cmtu aku dah ke dapur selepas menyiapkan urusan anak2 dan suami
alhamdulillah
plan berjalan lancar
suami pun banyak membantu
walau mula2 tu ntah berapa puluh kali tnya betul ke aku nak masak
(suami pun tau kemampuan terhad isteri)

gambar xsempat nak snap

tapi tengok tetamu2 makan berselera buat aku rasa seronok sangat
(^__^)

nasi putih
ikan kembung goreng garing
sambal sotong
masak lemak putih taugeh
ayam goreng kunyit
sambal belacan

air ready made - minute made pulpy

dessert pun ready made - ice cream & chocolate

LICIN

~cuci pinggan dan kemas dapur dengan penuh keriangan~
AISYAH


#throwback

Assalamualaikum

throwback
terobek
siap hashtag kan
hahhaha
rasanya boleh disimpulkan bahawa raya 2014 bertemakan throwback

kita boleh tgk ramaiiiii sangat yang buat
aku tak pernah terfikir nak buat
hahahha
sebab takde koleksi gambar2 lama 
sadoooo sangat
ada la sikit2 kan tp nan hado nk terobek2

ni antara yang terobek


comel kan..
sweet je memasing dengan penuh sporting re-act like the good old days

nak dijadikan rezeki, last saturday majlis nikah dan bersanding adik sepupu aku
anak ke4 ayahcik aku
kenduri di langat
kebetulan kami 4 beradik semua ada
lepas tu anak2 ayancik confirmla semua ada

then, adik aku si nordy mcadangkan idea bernas dia

"along, jom kita throwback''

aku blur. nk throwback apa

dia tunjuk gambar kt hp canggih dia

tu dia, nak suh throwback gambar zaman gunjeng

hahahaha..

dah kebetulan semua ada, walau bukan di lokasi asal, on je la

aku susun kerusi kenduri tu 6biji

pastu aku panggil sorang2 amik tempat memasing

pas dah ambil tempat, anak ke5 ayahcik, asyraf yang yang jadi photographer tunjuk gaya gunjeng memasing..sila patuh yea

adik lelaki aku yang kemain payah nk bergambar pun, sadooo je redha bila ajak
ekekeke

so ni la hasilnya..
lumayan babe

L-R : ude, aku, ella, ngah, nordy & azrul

seriously, tak rugi babe luangkan masa buat throwback ni
boleh mngeratkan silaturrahim
boleh flashback zaman2 comel memasing (^_^)

sedara mara menjadi saksi pun kemain meriah tengok kami
best

cubalah
(^_^)


Monday, 15 September 2014

the disadvantages of media social

Assalamualaikum

those days when i was in uni, i always always think why during my childhood times, i dont have any gadgets so that i can capture every minutes of the memory

until now
until the day when Malaysian shocked with the news that UPSR papers leaking thru media social

i cant imagine the feelings of those affected students
they went to school with so much hope
to excel
to rise
to shine
to finish the UPSR soon
but what adult did to them

Anak2 kecil ini dihukum perasaannya
anak2 kecil ini didera emosinya
kenapa ada yang sanggup berjaya dengan cara kotor dan unfair sebegini
jijik aku dengan pemikiran mereka yang tak bertanggungjawab ini
menyusahkan anak murid
menyusahkan ibu bapa
menyusahkan guru2
menyusahkan penjawat awam
membazir aset negara sebab entah berapa banyak RM lagi akan mengalir untuk reprint another set of affected question papers
so, takde otak!!!

apa yang kita nak ajar pada anak2 murni ini sebenarnya
nak mereka berjaya tp bukan atas usaha sendiri?
lantas di masa depan nanti, siapa nk bekalkan soalan ramalan/bocor semua?
gilerr
manusia semakin hilang pertimbangan

aku kecewa dengan keadaan ini
memikirkan di masa Thaqyf dan Safwan nant, entah bagaimana pula bentuk cabarannya

Allahuakbar
jauhilah kami drpd sifat tamak, sifat tidak amanah

inilah bahana penyalahgunaan media sosial
bahana
only then i really thank that during my times, there are no fb, ig, whatsapp and all these media socials

~aisyah~