Friday, 8 November 2013

aku kuat

Assalamualaikum

Salam sejahtera
Salam sayyidul ayyam
Salam yaumul jumu'ah

Alhamdulillah
hari ni genap 10 minggu usia kandungan aku
masih berada dalam fasa morning sickness
masih loya dan kembang2 tekak dengan makanan
masih lemah badan dan urat sendi
aduhai

mahu mengeluh?
mahu menangis?
mahu merintih?

untuk apa?
aku menerima keadaan ini dengan senang hati
syukur padaNya
kerna masih mampu meneruskan kerja di pejabat walau sedikit lemah
masih mampu menyusukan Thaqyf walau hanya bila dia dengan aku
masih mampu bertanya khabar suami walau aku tak menyediakan hidangan untuknya
masih mampu balik kg walau tak seaktif selalu

iye
aku masih mampu
berdasarkan apa yang aku mampu
jgn dipersoalkan

satu yang aku akui, kehamilan kali ini menuntut lebih kesabaran
kerna aku sudah punya Thaqyf
apatah lagi dia masih menyusu ibu
masih terlalu kecil
baru berusia setahun tiga bulan
masih butuh lebih perhatian
dan insyaAllah bakal menjadi abang kala usianya menginjak 1tahun 10bulan

entah bagaimana reaksi dia bila melihat ada insan kecil dipangkuan ibunya nanti
hehehehehe
membayangkan ini saja hati aku jadi lebih bahagia
hilang rasa tidak enak yang dialami..
doaku
semoga meraka adik beradik akrab dan saling menyayangi
Ameen..

Alhamdulillah, 6.11.2013 aku dah buka buku pink
semuanya berjalan lancar
cuma kali ni aku dapat tagging hijau sebab anak berusia di bawah 2tahun
hb 13.1
berat 45.7kg
darah O +ve
bmi 18

nurse nasihatkan untuk aku tambahkan berat badan
insyaAllah
nukan aku xcuba
bukan aku xmakan sebelum ini
cuma bukan rezeki dan gain more weight
ini ok juga
masa hamilkan Thaqyf, minggu12 berat aku 45.9kg je..

harapnya aku sihat
bebas MGTT
bebas high blood pressure
bebas low hb
bebas stress
bebas gastrik
 
semoga perjalanan ini dipermudahkan olehNya
Ameen

dan hari ini aku rasa sedikit sihat
pagi tadi bersarapan 5kpg french toast dan secawan nescafe panas
homemade
setelah semalaman tak dinner
cuma sebelum tidur aku consume 4biji pil kalsium
aku ini culas ubat orangnya
tak pernah punya disiplin dalam penjagaan kesihatan mahupun kecantikan
hikssss

sihatlah aisyah
sihatlah anak
insyaAllah
mommy sayang kamu 

kerna itu aku perlu kuat
iye
aku kuat




No comments:

Post a Comment