Thursday, 2 April 2015

resepi Donutball

Donutball

Bahan-bahan


3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan.
1 peket yis
1 cawan ayaq suam
3 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar mentega cair.
Sebijik teloq

Memula masuk gula dengan susu pekat dalam ayaq suam. Bancuh sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama kau biaq dia berbuih lagi senang kembang donut kau. I loike.

Dalam bekas lain, pukul sebijik teloq. Pukul tak payah la sampai kembang. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau.

Bila dah berbuih yis tu, campur mentega teloq tu masuk dalam yis. Kacau. 

Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan. 

Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh tepung kat tangan. Aku memula kacau guna chopstik. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda inshaallah. 

Pastu bentuk kan la ikut suka. Aku buat donutball sebab anak-anak aku senang nak makan. Lagipun adunan ni lembik. Lecey la nak canai terap. 

Lepas bentuk rehatkan lagi 5-10 minit. 

Goreng api sederhana. Jgn panas satgi donut kau rentung luar dalam tak masak. Nanti masa goreng dia akan kembang lagi.