Monday, 30 April 2012

100 days

it's 100 days to go till my EDD..
semoga Allah SWT mempermudahkan segala-galanya..

and
and
and



we gonna start to buy barang-barang baby insyaAllah dis upcoming June/July..

Thursday, 26 April 2012

ipsis

ipsis

niat di hati nak further study ni dah lama..masa dah abis kursus DPA lagi dah tapi tertangguh sebab allocation bajet adalah untuk majlis walimatul urus..faham2lah..nak kawin bukan sikit duit nk kena spend apatah lagi semua kos perbelanjaan berkaitan mmg daripada duit poket kami berdua je..tu pun xamik sesen pun duit hantaran..bagi semua kat maa ayah untuk kegunaan kenduri..tapi xpe, puas hati..alhamdulillah, majlis pun dah selamat semuanya..syukur sgt..

then, masuk tahun 2011, nak adjust hidup berdua pulak..macam2 kos perbelanjaan baru yang perlu diambilkira..jadinya, tertangguh lagi..

masuk pulak tahun 2012, mmg dah plan nk teruskan jugak..duit?pandai2la nk adjust macamana kan..dah survey2 dah U mana & course apa yang bersesuaian tapi rezeki Allah datang dalam bentuk yang lain..Alhamdulillah, dikurniakan rezeki hamil..dengan alahan yang agak teruk, mood & fokus pada nk sambung belajar terus terkatub rapat..masa tu dok fikir nak sihat, nak kuat, nak jaga kandungan sebaik2nya..itu je dok ada dalam kepala sampai usia kandungan nak masuk 5bulan...masa tu bila dah xde alahan, baru pulih selera makan dan baru terhegeh2 nak jaga kesihatan bagai..dan sekarangni, Alhamdulillah dah masuk 25 minggu usia kandungan, kami dok tengah buat senarai barangan keperluan untuk baby, untuk aqiqah, untuk tempoh berpantang & untuk kegunaan keluarga kecil kami nnt sepanjang bermastautin di Batang Kali..semua tu kena take into consideration (cost).

dah bincang dengan hubby..so, ni antara persetujuan yang dicapai bersama:
i) Kos Aqiqah (beli kambing daripada ayah + memasak + packing)
ii) Kos barangan keperluan baby
iii) Kos barangan keperluan mummy
iv) Kos bersalin
v) Kos sepanjang berpantang
vi) Kos sepanjang kami bertiga dok di Batang Kali
vii) Kos nurseri

ni je la yang baru dok difikir2kan..Alhamdulillah, rezeki anak bila Kerajaan umumkan pelarasan gaji baru..syukur..dengan 13% kenaikan, mmg sangat2 membantu..Alhamdulillah..

Nampak gayanya, hasrat nak sambung belajar tu akan dibawa ke tahun 2013.. Semoga Allah mempermudahkan segala2nya..Ameen...

mana tau kan..



Wednesday, 25 April 2012

detail scan

terasa seperti tulang baby (part mana, wallahu'alam) kat tulang gitar sebelah kanan mummy-to-be ni..
dah beberapa hari dah..pastu rasa perut ni cekang je..
kalau baring, mesti kena mengiring s/ada ke kiri atau ke kanan..kalau tidur terlentang, surely rasa sgt xselesa for both of us..
............................................................................................................................
yang pasti, selepas selesai detail scan semalam, rasa lega dan happy sgt..at least, lega bila MO bgtau keadaan baby normal berdasarkan kepada major scan yang dibuat..but then, banyakkan berdoa semoga baby selamat, sihat dan sempurna..
...............................................................................................................................
and hubby pulak, baru semalam dapat tgk baby..gembira je hubby..kemain lagi dok bgtau baby yang daddy dah nampak baby...hehehe
...............................................................................................................................

25weeks already and another 105 days to go insyaAllah..

semoga segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga...
Ameen..

Thursday, 19 April 2012

insyaAllah, it's 111 days to go..

111
days to go...

kegemaran baby

our baby sekarang ni dah semakin aktif dan manja..suka sgt2 bila kita berbual dgn dia..


antara situasi yang dikenalpasti sebagai kegemaran baby:
1) setiap kali solat esp kalau daddy & mummy solat berjemaah
2) setiap kali dengar azan/bacaan Al-Quran. daripada mula pregnant lagi mummy xleh dengar radio..rasa pengit..mummy plays CD mengaji je..
3) setiap kali mummy makan & mandi
4) setiap kali sebelum tidur, bila daddy mengaji untuk baby dan bacakan doa tidur
5) bila daddy nyanyi lagu Bapaku Pulang
6) setiap saat bila mummy usap2 perut, baby akan terus respond


it's 24weeks already..
alhamdulillah..


Monday, 16 April 2012

week 24

subhanallah...subhanallah..subhanallah..

we are heading to our week 24..

macam xpercaya je tapi bila melihatkan pergerakan baby yang semakin 'besar' dan kerap, hati berbunga bahagia..terima kasih ya Allah..

secara rutinnya, setiap kali sebelum tidur, suami akan berbual2 dengan baby..suami pun akan bacakan surah Al-Fatihah, Tiga Quul, Ayatul-Qursi, Mengucap dan Doa Tidur pada baby..n amazingly, baby sgt2 suka..ya Allah, kami bahagia sgt2..semoga anak ini menjadi anak yang soleh/solehah insyaAllah..

so, esok petang, will be our 4th check-up..semoga semuanya dipermudahkan...

Tuesday, 3 April 2012

mini library at home

Assalamualaikum..

Holla peeps *tetiba hahahha*..
Alhamdulillah, pagi rasa sangat selesa..bangun pagi dengan senyuman =)
dan yang pasti sampai ke pejabat dengan penuh rasa bahagia dan ceria..Alhamdulillah...

BTW, semalam bincang2 dengan hubby..menyatakan hasrat hati nak beli perabot..cadangnya nak buat mini library/reading area di rumah..Alhamdulillah, hubby setuju..lagipun kami berdua ni minat membaca dan membeli bermacam jenis bahan bacaan..

ni antara yang menarik minat..alaa, nak beli perabot biasa2 je..