Tuesday, 20 December 2016

ketenangan akan datang apabila kita perbaiki hubungan kita...

Assalamualaikum

as time goes,
macam-macam berlegar dalam kepala ni
tentang hidup
tentang mati
tentang amal ibadah
tentang perbelanjaan keluarga
tentang maa ayah
tentang anak-anak
tentang perkahwinan
and the list goes...

tu tanda usia semakin meningkat dan kita semakin matang barangkali
sebba kita dah mula fikirkan tentang risk and affect
kita mula menimbangtara setiap perlakuan dan keputusan kita

serabut kan

di dada-dada akhbar dan social medi terpampang pelbagai bad news
macam-macam
manusia kian hilang pertimbangan dek desakan hidup
manusia mula hilang akal dek tenggelam dalam dunia khayalan sendiri
manusia mula hilang perikemanusiaan dek arus pemodenan

tanya diri kita,
bahagiakah kita?
tenangkah kita?

tak kan..

aku selalu percaya ketenangan dan ketenteraman urusan di dunia bergantung pada SOLAT kita
kalau tak solat, mesti mcm2 hal jadi
semua serba tak kena
solat tp akhir-akhir waktu pun sama

contoh bila kat traffic light
elok kita nk smpai, lampu bertukar merah
then we have to wait

frust kan

kita hanya akan memperolehi ketenangan bila kita perbaiki hubugan kita dengan Dia
kita perbaiki ibadah kita pada Dia
kita perkemaskan amalan kita untuk Dia
insyaAllah pasti segalanya berjalan lancar buat kita

ingatan ini sesungguhnya hanya untuk aku
demi Tuhanku
demi kehidupan di alam barzakh
takut bila kenang dosa dan khilaf sendiri
rasa nk ulang semula waktu
nk perbaiki macam-macam

namun, demi masa depan
aku teruskan 

bermula di garisan permulaan seperti dahulu
jaga waktu solat
jaga aurat
jaga ibadat

kalau mula tak 'selesa' dengan sesuatu atau seseorang
aku berundur/unfriend/unfollow

lebih mudah

tak mahu nnt hati bersangka buruk
akal berfikiran negatif

tak mahu

sedang dosa sedia ada terlalu banyak
taknak menambah dosa lagi

Allahu
sesungguhnya ketenangan akan datang apabila aku memperbaiki hubungan aku dengan ALLAH yang satu..

Thursday, 15 December 2016

Surah Al Mulk

assalamualaikum

posting kali ni nak share tentang amalan membaca surah al-mulk sebelum tidur
setahun tinggal di asrama semasa tingkatan 1 mmg tak pernah miss
sebab wajib
pastu bila dah duduk luar (read : berulang dr rumah), tetap amal cuma kadang2 termiss
pastu bila sambung belajar kt KISDAR (sekarang KUIS) dan IIUM, teruskan juga

cumanya bila dah mula keje
lebih byk y miss daripada baca
my bad
penat keje dan hal-hal duniawi, balik rumah terus tidur
takat niat je huhu
so skrg ni nak mulakan semula
baca surah al-mulk setiap malam..
tak banyak pun, 30 ayat je
Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini..

macam yang kita tahu, surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

rasa mcm dah bertahun2 rugi
(*_*)
kejar duniawi sehingga merugikan saham sendiri
masa yang berbaki ni, nk manfaatkan sebaiknya

yang lagi satu nak perkemaskan 
solat dhuha
kuatlah aisyah
masa tak lama yang ada
dosa kian bertambah
mohon doakan untuk saya 
NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN


Friday, 9 December 2016

6th anniversary 10.12.2016

esok, ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6
10.12.2010 - 10.12.2016

doaku
semoga ada sinar yang lebih terang
semoga ada cahaya yang lebih indah
semoga ada kasih yang lebih subur
semoga ada sayang yang lebih utuh
semoga ada cinta yang lebih di kalbu
semoga ada toleransi yang lebih jitu
semoga ada jiwa untuk terus bersatu
demi Allah dan RasulNya

AISYAH


kuatlah wahai hati


usah biar sedih membelenggu kehidupan
menangis la sepuas hati
tapi bukan untuk meratapi nasib diri
gugurkanlah segala yang merosakkan hati
semoga kuat mendepani hari2 nanti
inagtlah, Tuhanmu sentiasa di hati


AISYAH

Tuesday, 13 September 2016

bersediakah kita..allahurobbi

Bismillah...ibarat 7 check point/road block kita semua perlu tempuhi sebelum meniti titian sirat al mustaqim iaitu :
 1) kalimah syahadah.adakah kita myebut nya ikhlas kerana Allah taala atau sbb lain,

2) bagaimanakah solat kita.Allahuakhbar jgn smp ibarat Allah baling kain buruk di muka kita dgn bkata nah ambil la balik solat kamu ini! Nauzubillah.bagaimana dgn bcaan al fatihah kita?? Adakah khusyuk solat kita?? Apabila azan apakah yg kita lakukan? Adakah masih sbuk dgn urusan dunia?? Atau masih seronok di ulit mimpi?? Allahuakhbar😭😭😭

3)puasa.bagaimana dgn puasa kita?? Mata, telinga,mulut,adakah kita jaga dgn baik?
 4) zakat? Bagaimanakah dgn zakat kita? Adakah diuruskn dgn baik?

 5) haji/umrah adakah kita menunaikan nya ikhlas kerana Allah taala dan adakah ianya sempurna?

6) wudhuk/mandi hadas besar.adakah kita melakukan nya dgn sempurna? Dan yg takhir sekali

 7) kezaliman pd manusia?? Adakah kita penah menzalimi mereka? Dosa kita pd Allah taala in shaa Allah Allah akn ampunkn jika kita btaubat tetapi dosa kita dgn manusia Allah tidak ampunkn mlainkn kte memohon keampunan dr manusia yg dizalimi itu sdiri.

mari la sama2 kita check balik 7 point ini? Bukan sng hendak meniti titian sirat al mustaqim dan masuk ke syurga apatah lagi.Allahuakbar.

Rasulullah S.A.W bersabda  hnya 70 000 ribu manusia yg masuk ke syurga tanpa di hisab? Adakah kita salah seorg dr kelompok itu? Amat sedikit bilangan nya.manusia di bumi ini beratus2 ribu billion.Dunia yg hanya sementara syurga yg kekal abadi.masih jauh perjalanan kita.kita masih didunia.bsyukur lah Allah masih beri kita peluang hdup didunia ini dgn segala nikmat yg tidak terperi.Dunia hanya lah tmpt persinggahan utk kita beramal,mengumpul pahala utk mghadap Allah taala.
Apabila buku pyerahan catatan amalan diberi dan di sambut dgn tangan kanan atau kiri? ketika itu jelas bagaimanakah amalan kita di dunia dan apabila melalui mizan berat timbangan akn menentukn ke syurga atau ke neraka kah kita???

 Jd rebut la peluang selagi kita masih hidup didunia ini bg mbuat persiapan yg tbaik utk bjumpa  dgn tuhan kita iaitu Allah SWT dan rasul kita Rasulullah SAW dgn muka yg putih,bcahaya lg bseri dan jelas tpancar senyum kegembiraan.Amin ya robb

Saturday, 10 September 2016

Doa daripada isteri

Wahai Allah, kami datang memenuhi panggilanMu..

Tiadalah sekutu untukMu, segala puji dan kuasa untukMu..

Kami meraba tanpa cahaya, kami yang lupa hina dan papa..

Di hadapanMu yang Maha Indah, di hadapanMu yang Maha Mulia..

Ya Allah berkatilah perjalanan suamiku *MOHD SYUKRI HAFIDZ BIN ABDUL LATIF* dalam menyahut panggilanMu..rahmatilah dia kerana dia adalah syurga bagiku dan zuriat cinta kami yang sangat baik dan penuh ihsan kepada kami..kurniakanlah haji yang mabrur kepadanya..permudahkanlah segala urusan sepanjang perjalanannya ke jalanMu Ya Allah..terimalah taubatnya, kabulkanlah hajatnya, peliharalah iman, jiwa dan hatinya..peliharalah kesejahteraan hidupnya..ganjarilah dia dengan syurga firdausiMu dan jauhilah dia drpd azab nerakaMu..Ya Allah, siramilah dia dengan kasih sayangMu kerana dia adalah syurga untukku..aku pohon padaMu Ya Allah..terimalah doa daripada hambaMu ini..

HambaMu,
NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN
MUHAMMAD THAQYF HAFIDZ
MUHAMMAD SAFWAN HAFIDZ
Putrajaya, Malaysia
Jumaat, 09.09.2016