Saturday, 10 September 2016

Doa daripada suami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Di hadapan KAABAH ini dan dengan segenap hati, jiwa serta perasaan, ku mohon kepadaMu Ya Allah, buat isteriku tersayang, Noraisyah binti Khairuddin dan anak2 kami Muhammad Thaqyf Hafidz & Muhammad Safwan Hafidz.

Ya Allah, berikanlah segala kemudahan baginya, sebagaimana Engkau berikan kemudahan bagi orang-orang yang soleh.

Luaskanlah rezekinya sebagaimana Engkau luaskan bumi beserta isinya.

Percantikkanlah akhlaknya dengan ketaqwaan, sebagaimana Engkau cantikkan akhlak para kekasihMu.

Indahkanlah lisannya dengan kelembutan, lisan yang selalu basah menyebut nama-MU Ya Allah, sebagaimana kelembutan para utusanMu.

Kuatkanlah badannya dengan kesihatan, sebagaimana kekuatan para syuhada' Mu Ya Allah.

Jagalah hati serta jiwanya agar sentiasa terhindar dari segala kesalahan.

Peliharalah dia dari siksa dunia dan akhirat-MU Ya Allah.

Ya Allah, anugerahkanlah dia dengan sifat pemaaf kepada orang-orang yang pernah menyakitinya.

Golongkanlah dia ke dalam golongan orang-orang yang soleh agar dapat mempersembahkan yang terbaik untukMu Ya Allah.

Jauhkanlah dia dari sifat lalai dalam mengingatiMu.

Berikanlah kesabaran pada dirinya dalam menempuh kehidupan ini.

Dan jadikanlah dia, orang yang pandai bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadanya.

Ya Allah, kurniakanlah kepadanya hati yang tenteram seperti hembusan bayu di subuh hari, hati yang kaya dari sebanyak apapun harta yang dimilikinya.

Lembutkanlah hatinya Ya Allah, selembut helaian sutera yang terpilih.

Duhai Yang Maha Menatap lagi Yang Maha Mendengar.

Sesungguhnya... 
Rahmat-MU itu tiada terbatas,  
Kasih sayang-MU tiada bertepi, 
CintaMu dan kasihMu seluas langit dan bumi, 
Ampunan-Mu menutupi murka-Mu Ya Allah.

Aku mohon kepadaMu Ya Rabb, berikanlah semua itu kepadanya juga kepadaku yang banyak dosa dan kesalahan ini...😢😢😢

Ya Allah...
Ampunilah dosa-dosanya dan dosaku,
Ampunilah kesalahannya dan kesalahanku,
Ampunilah segala kealpaannya dan kealpaanku,
Ampunkanlah ibu bapanya dan ibu bapaku,
Sembuhkanlah segala penyakitnya dan penyakitku,
Banyakkan rezekinya dan rezekiku,
Berkati hartanya dan hartaku,
Bahagiakan keluarganya dan keluargaku,
Kabulkanlah segala hajatnya dan hajatku,
Masukkan dia dan aku kedalam SYURGA-MU yang paling indah bersama dengan NABI MUHAMMAD SAW, KELUARGA BAGINDA DAN PARA SAHABAT BAGINDA SERTA SELURUH PARA HAMBA-MU YANG SOLEH.

Ya Rabb...
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 
Sesungguhnya jika bukan Engkau yang ku mohon,
Dan jika bukan Engkau yang mengabulkan do'aku ini, 
Maka tiada siapa lagi yang dapat mengabulkannya selain Engkau Ya Allah.

Ku mohon kepadaMu ya Rabb, kabulkanlah do'a hambaMu ini untuk mereka kerana Noraisyah Binti Khairuddin & Muhammad Thaqyf Hafidz & Muhammad Safwan Hafidz adalah insan yang ku sayangi dan ku cintai.

Aamiin..Ya Rabbal 'Alamiinnn..

Ikhlas,
Mohd Syukri Hafidz
Masjidil Haram
Jumaat (9 September 2016)

Doa sempena Hari wuquf

Assalamu'alaikum: Doa Arafah – Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman…  yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Wukuf dilaksanakan pada hari arafah mulai dari tergelincir matahari tanggal 9 dzulhijjah sampai dengan terbit fajar tanggal 10 dzulhijjah. Wujuf dinilai sah walaupun dilaksanakan hanya sesaat dalam rentang waktu tersebut, akan tetapi diutamakan mendapatkan sebagian waktu siang dan waktu malam.

Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab.

Selamat beribadat

Friday, 2 September 2016

panggilan Haji

JENIS-JENIS HAJI

HAJI IFRAD
Haji ifrad ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun dan wajib haji, kemudian barulah mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad lebih afdal daripada haji-haji lain.
  Niat haji ifrad :
Ù†َÙˆَÙŠْت الإِØ­ْرَامُ بالْØ­َجَّ َ Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji kerana Allah Taala

Cara mengerjakannya :
Rukun
Wajib
Sunat


HAJI TAMATTUK
Haji tamattuk ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.
Niat haji tamattuk adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi didahului dengan niat umrah.
CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK
Rukun
Wajib
Sunat
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HAJI TAMATTUK
1.           Memberi kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat.
2.           Memberi kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan masa untuk mengerjakan haji.
3.           Waktu ihram yang pendek.

KEKURANGAN HAJI TAMATTUK
1.           Kurang fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad
2.           Melakukan haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda).
PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK
Haji Ifrad
Haji Tamattuk
Mengerjakan haji dalam bulan haji kemudian baru mengerjakan umrah
Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.
Tidak dikenakan dam
Dikenakan dam
Lebih afdal
Kurang fadhilat
HAJI QIRAN
Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah secara serentak dengan bernaiat ihram kedua-duanya sekali.
  Niat haji qiran :
Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْØ­َجَّ الْعُÙ…ْرَØ©َ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِÙ‡ِÙ…َا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji dan umrah kerana Allah Taala.
CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN :

Rukun
Wajib
Sunat
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang.
HIKMAH DAM
1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
3) Meringankan bebanan jemaah haji.
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
1) Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)
Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
1) Tidak berihram di miqat
2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
3) Luput waktu di Arafah
4) Tidak bermalam di Mina
5) Tidak melontar jamrah
6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
§     Menyembelih seekor kambing
Sekira tidak mampu
§     Berpuasa 10 hari ,  3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
7) Tidak melakukan tawaf wida'
§    Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
2) Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
Sekira tidak mampu
§     Menyembelih seekor Unta
Sekira tidak mampu
§     Menyembelih seekor Lembu
Sekira tidak mampu
§     Menyembelih 7 ekor kambing
Sekira tidak mampu
§     Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.
Sekira tidak mampu
§     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
§     Menyembelih seekor kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
§     Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
§     Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada akir miskin
Sekira tidak mampu
§     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
3) Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
§     Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin
Atau
§     Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin
Atau
§    berpuasa selama 3 hari
JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
4) Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
1) Berburu binatang darat.
2)   Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.
§     Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu.
Atau
§    Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu.
Atau
§    Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu

BERMALAM DI MUZDALIFAH     
  Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-
1.           Ihram di Miqat
2.           Bermalam di Muzdalifah
3.           Melontar Jamrah Al-Aqabah
4.           Bermalam di Mina
5.           Melontar ketiga-tiga jamrah
6.           Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram

(MIQAT)
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

Miqat terbahagi kepada 2 :
a)      Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.

b)      Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan di sekeliling Mekah untuk ihram haji. MIQAT MAKANI
1)      Yalamlam – bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.
2)      Zulhulifah – bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.
3)      Juhfah – Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4)      Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.
5)     Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.

(BERMALAM DI MUZDALIFAH)
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.

(BERMALAM DI MINA)
Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

(MELONTAR JAMRAH)
Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing dengan tujuh biji batu.

Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT MELONTAR
1.      Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut
2.      Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang
3.      Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4.      Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya
5.      Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin
6.      Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - D ikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.
7.      Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.

(MELONTAR JAMRAH AQABAH)
Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.

Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah

(BERCUKUR)
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.