Thursday, 10 April 2014

Nasi Kandar Line Clear

Assalamualaikum

line clearrrrr
hahahha
wa xmakan wei nasi2 mamak ni
nasi2 kandar segala ni
memang wa xlayan la weiii

tapi dah datang Penang kenala pekena nasi kandaq
suami pulak memang layan abis
so, ptg tu pas siap check-in, kami g town
layan line clear
aku order nasi kuah campur dan ayam goreng&teh o ais limau
thaqyf nasi putih kosong.. share ayam goreng dengan mommy
daddy la heaven
nasi, kuah campur, udang, sotong, teh ais

aku jamah je
cannot go
huhuhuhu

suami memang melayan habis
siap bertanda kat dagu
syioookkkk punya pasal
suami suka
aku layan je la
kikikikiki
 

HRC Penang

Assalamualaikum

Jumaat lepas suami kena attend bengkel PSM di Corpthorne Hotel Penang
area Tg. Bungah
suami ajak ikut sebab maa ayah dan family Btg Kali semua berkampung di JB
attend kenduri walimah anak ayahtam

so, pagi Jumaat tu kami gerak ke Penang
drive
Alhamdulillah, selamat sampai

malam pertama tu, onah dan afifi tg lepak kat bilik sebab Thaqyf tidur
plan nk ke Nasi Kandar Beratur
cancel

malam keduanya kami ke HRC Penang
dekat je dengan hotel kami stay
area Batu Ferringhi
memang happening area situ
hidup giler
otw ke sana kami jamu mata dengan kawasan perumahan elit
subhanallah, mmg cantik2, besar2 dan mewah2

macam biasa, suami dah jadi HRC collector esp wood panel shirt
aku beli sehelai, suami sehelai
Thaqyf pun dapat sehelai
and baby dapat sehelai romper
 


nak snap picture kat tugu guitar depan HRC, hujan renyai
Thaqyf kan baru nak baik
so, kat beca pun jadila hehee
ni dengan daddy

dengan mommy pulak
sibuk nak berdukung weiiii
alahai anak
manja sangat
 
untuk 10yo below, depa serve crayon 3pcs+sheet mewarna
ada pilihan menu kat muka belakang
aku suka marketing macamni
at least anak2 ada aktiviti nak buat rather than gadgets
 
one for the album
pak guard tolong snapkan
lampu2 tu akan tukar2 warna
memang cantik view
Thaqyf sibuk la dengan belon dan lampu juntai2 tu

 based on observation aku, memang happening untuk family stay here
makan kat HRC pun sedap2
kami just order ice-cream HD 2sets and beverages one each
kenyang sebab dah makan KFC before dtg sini
rugiiiiii



regards,
next stay perhaps hehehe

atok nenek dan cucu2

Assalamualaikum

gambar tergendala hehehe
ni masa hari rabu 2 April 2014
time hantar atok, nenek dan qistyna g LCCT
disebabkan aku dengan Thaqyf, ngah dengan saad dan kami dua beradik je yang nak kena uruskan segala2nya, makanya atok dan nenekla yang paksarela jaga cucu2 hehee

singgah makan di Marrybrown
cucu2 yang kelaparan
*sigh*

Atok dan Thaqyf
aduk atas riba atok sambil mommy suap porridge
time ni thaqyf kena chicken pox
atok nenek datang umah hantar air kelapa

nenek suap saad dan qistyna

pasni, tambah lagi dua orang cucu
baru havocccc atok dengan nenek kan
hehehe
 

Tuesday, 8 April 2014

sarah dan syamsul

Assalamualaikum

setiap daripada kita punya sejarah
setiap daripada kita membuat salah

tapi setiap daripada kita berhak berubah

aku suka tengok couple ni
sehingga aku xmau mengenang sejarah mereka
aku doakan semoga mereka istiqomah ke jalanNya
Ameen





sumber gambar : rotikaya

sweet kan
sarah pun kemain manisssss sejak berhijab ni
aku suka tengok dia
(^__^)


quit vs work

Assalamualaikum

Quit?
or
continue working?

dilemma
(@__@)

sebenarnya kita ni xpernah puas dengan pilihan kita
sebab itu adalah nature manusia
kalau bekerja, cemburu dengan kawan yang menjadi surirumah
surirumah pulak cemburu dengan rakan2 yang bekerjaya

sedangkan itu adalah pilihan kita

seriously, masa belum nikah dan masa belum ada anak
aku ego
aku rasa aku cukup mampu untuk menjadi isteri dan ibu yang punya kerjaya
aku cukup yakin aku mampu menggalas tanggungjawab ini
segalanya kelihatan cukup mudah di mataku

tapi bila aku telah menjadi isteri
menjadi ibu
masih meneruskan kerjaya sebagai PTD
memangku dan ditempatkan di bahagian baru
sungguh, terkadang aku rasa terduduk
tak mampu
lemah
rapuh

bukan kerana workload
tapi kerna mengenangkan anak yang diserahkan ke tangan pengasuh di nursery
cukup ke makan yang aku bekalkan?
makan ke?
sihat ke?
mandi ke?
mainnya macamana?
macam2 bersarang di kepala

dan segala2nya adalah tentang anak
itulah ibu

tu yang kadang buat aku rasa nak berhenti kerja
berangan duit berjuta jatuh ke riba
bayar segala hutang piutang
hidup debtless
duduk rumah
mengasuh anak
homeschool
buat business
sediakan keperluan suami dan anak
indahnya rasa

anak sakit pening xperlu fikir dengan rasa bersalah nak apply cuti
nak kena fikir kerja yang menimbun di pejabat
macam2

tapi sebagai manusia biasa, aku juga tak lari daripada rasa tamak

mau menjadi ibu yang punya kerjaya
dipilih ke skim ini sudah cukup baik untuk aku
mahu anak2 bangga punya ibu ada kerjaya bagus
mahu suami bangga isterinya punya kerjaya
mahu maa dan ayah bangga dan lepas lelahnya kerna anak perempuan ini mampu mencari rezeki sendiri
mampu bayar ansuran kereta dan rumah dengan hasil titik peluh sendiri
siapa tak bangga kan

tapi itulah namanya manusia
ada sahaja yang tak kena
ada sahaja yang tak puas hati
nak pohon CTG, sayang pula fikirkan seniority
lebih sayang mahu melepaskan anak nanti
dilema
dilema
dilema

nak hire maid, hati belum cukup berani
masih xkuat nk mempercayai orang lain selain keluarga sendiri
lalu, apa pilihan yang ada??

tekadkan hati
aku perlu teruskan kerjaya kerna aku sudah punya komitmen
selain melangsaikan hutang dunia
sedikit sebanyak bisa menghulur pada maa ayah dan boy
sekurang2 boleh beri yang lebih untuk anak2

buat anak2 terutamanya
semoga kalian redha dengan pilihan mommy
meletakkan kalian di tangan yang lain sementelahan mommy bekerja

buat suami, semoga bertabah dengan rajuk ketawa isteri
adakala bila tenaga seakan habis, rajuk dan muncung je la hidangan buat suami
hehehe
mau dipujuk
mau ditanya bagaimana hari berlalu
supaya hilang segala lesu

terkadang aku ketawa persis manusia paling bahagia
tika itu tenaga serasa diserap diseluruh belikat
seronok membuat kerja

at now, aku anggap tempoh akhir kehamilan membataskan banyak perkara
tenaga tak sekuat dulu
badan tak sesihat selalu

semoga selepas melahirkan nanti, segalanya kembali normal
fikiran kembali tenang
hati kembali senang
dengan segala keputusan

kekal meneruskan kerjaya dan melaksanakan tugas sebagai isteri & ibu yang baik


tekad,
Aisyah
 

macamana nak hebat?

Assalamualaikum

macamana nak hebat?

hebat???

ok, kat bahagian baru ni, banyaaaaaaak sangat perkara yang perlu dipelajari
yang perlu dikuasai

contoh, aku in-charge Kelantan dan Perak
so, aku kena master parlimen/dun tu siapa yang bertakhta
haaaaa, giler nak hapai segala
so, untuk kelihatan hebat, dan untuk boleh menjawab jika ditanya,
aku google, re-arrange and print siap2 nama MP dan ADUN
tampal dalam buku nota biru muda tu
asal bos ke sapa2 tanya, aku flip je
sungguh, xmampu aku nk ingat semua nama
plus parti

so, kena la kreatif
walau takat google je
at least, ada effort kan

yang lain2 tu, kena bijak memahami permohonan
kena tau apa yang diperlukan
aku nak belajar pasal tanah pulak
buat bekalan ilmu di dada
doakan yea

sebenarnya banyak cara macamana nak hebat
sama ada kelihatan hebat mahupun jadi hebat
hehehe
kelihatan hebat dulu then perlahan-lahan menjadi hebat
insyaAllah


regards,
Aisyah
 

 

Monday, 7 April 2014

6 april - 6 june

Assalamualaikum

6 april 2014 marks another 2months to go for our lil family to warm welcome the new addition
i am so excited

but last week was so challenging
Thaqyf got chicken pox
terrible
tiring
and so emotional

insyaAllah, i will blog about that later on

 today, so tiring
semalam sampai rumah almost 12midnight
letih yang amat
perjalanan daripada Tg Bungah-Btg Kali-Putrajaya
phewwww
sakit2 badan

tapi yang seronok sebab kami stick in together 3 beranak
daddy ada kursus
anak chicken pox baru nak baik
mommy is 31w pregnant

but we made it well
berjaya harungi segalanya bersama
ingat senang ke nak uruskan rumahtangga
wa tabik spring to all the career-moms-without-maid

semalam juga menandakan genap lagi 2bulan sebelum kami suami isteri naik pangkat
hehehhe
a parent of two
macam tak percaya je

insyaAllah, semoga segalanya berjalan lancar
mulai hari ini dan sehingga tarikh itu, kena get ready
kena siapkan segala2nya untuk menyambut kehadiran baby
hari2 belek baju anak2 pun xpe
puas hati

weekend ni kalau xkemana, nak keluarkan pakaian2 aku dan suami
mana yang xnak, nak let go
mana yang ok, rearrange
mana yang nak bawa balik btg kali, pack

barang2 thaqyf pun sama juga
esp pakaian2 yang aku/suami bl saiz besar/xpernah pakai
nak pack and guna masa raya je nanti

barang2 baby nak kena cuci
mana yang nak bawa balik btg kali, nak kena asingkan siap2
nak siapkan beg hospital
nak lengkapkan check list

semoga diberikan kekuatan untuk selesaikan segalanya

yang penting, kerja2 pejabat ni selesai
no backlog
no hangging files
motto : maternity leaves with peaceful mind

Allahuakbar, rasa sekejap sangat masa berlalu
minggu ni marks the 32weeks
plan hujung bulan ni nak snap2 sekeluarga dgn acu
tapi suami ajak balik tganu pulak
haiiii, larat ke idak ntah la
sedang ke penang pun dah sakit2 badan mlm tadi
sampai xleh nak tdo
huhuhuhu

tengok dulu la macamana

mohon doakan kami yea
kena plan betul2 apa nak buat
sebab time is running out
so do my energy
ekekeke

baby, please find the way to the normal delivery yaaa
you are such a good caliph
good baby
do it well with me ok
i love you sayang
as much as i love your abang and daddy